*WABAK AMWAS DI ZAMAN KHALIFAH UMAR RA. 1*

         WABAK AMWAS MEREBAK CEPAT di wilayah Syam (18H/639M) di zaman pemerintahan khilafar Umar Al Khattab. Amwas adalah nama kampung di Palestin (satu kota kecil di antara Jerusalem dan Ramlah) yang menjadi punca utama tersebarnya virus tha’un yang telah menggugursyahidkan 30,000¹ orang yang terdiri dari tentera Islam dan ahli keluarga mereka termasuk para sahabat utama; Abu Ubaidah al-Jarrah, Yazid Bin Abi Sufyan, Syurahbil Bin Hasanah, Mu’adz bin jabal, Fadhl Bin Abbas bin Abdul Muthalib, Harits Bin Hisyam, Abu Jandal Bin Suhail bin Amru, Abu Malik Al-Asy’ari dan Amir bin Ghailan As Tsaqafi.²

Wabak yang tersebar melalui bekalan air ini berpunca daripada mayat-mayat tentera Rom yang bergelimpangan tidak terurus. Ditambah pula dengan jumlah kematian tentera Islam yang sangat besar.³

PENDERITAAN, ujian dan musibah pada hakikatnya adalah rahmah tersembunyi, salah satu bentuk nikmat kurniaan Allah swt. Walaupun zahirnya kelihatan seperti azab, di dalamnya tersimpan rahmat yang tidak diketahui melainkan harus melalui proses reda dengan ketentuan Allah swt serta kesabaran yang tinggi.⁴

RAHMAT TERSEMBUNYI ini boleh dirasa dan dihayati hanya oleh hati halus yang ikhlas memmerhati setiap harakat dan dailog perjalanan khalifah Umar ra ke Syam di kala wabak Amwas sedang menggila. Peristiwa bersejarah teramat penting ini telah dirakam Bukhari (5729) dan Muslim (2219) dengan teramat indah lagi mendalam impaknya. Mudah-mudah Allah SWT membuka pintu hati dan memancar sinar hidayah kepada setiap orang Melayu Islam (baik rakyat mahu pun pemimpin⁵) yang membacanya. In Shaa Allah.

 

_________________________

¹ Cetusan Rasa: Mengimbas Kembali Wabak Taun ‘Amwas di Zaman Khalifah Umar R.anhu (broarmz.com)

² Cetusan Rasa: Mengimbas Kembali Wabak Taun ‘Amwas di Zaman Khalifah Umar R.anhu (broarmz.com)

  Plague of Amwas - Wikipedia 

³ https://solidaritas.my/covid-19-dan-wabak-taun-di-zaman-umar-iktibar-dan-tauladan/

Rasulullah pernah jelas hikmah 'jaga jarak' untuk cegah jangkitan, Berita Hidayah - BeritaHarian.sg

Corona.docx - (HR Bukhari No Hadist 5288 Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Yusuf telah mengabarkan kepada kami Malik dari Ibnu Syihab dari | Course Hero

⁵ Menerusi pembacaa dalam internet saya dapati ramai MP yang memerkasakan Islam mengulas hadis tersebut dengan baik. Setakat ini saya belum temui MP Melayu Islam pembakang yang menjadikan hadis tersebut sebagai rujukan dalam tulisan-tulisan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Universenya Tersendiri